Home » » Kelebihan Fakir Miskin

Kelebihan Fakir Miskin

Written By haris on Wednesday, June 30, 2010 | 1:13 PM

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: “Orang-orang fakir mengutuskan utusan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka berkata: “Ya Rasulullah, saya utusan fakir kepadamu.” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutuskanmu, engkau datang dari orang-orang yang dicintai Allah s.w.t.” Utusan itu berkata: “Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: “Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka.” Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sampaikan kepada orang fakir daripadaku: “Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah s.w.t. Maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:

*

Didalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bontang dilangit, tidak dapat masuk kesitu kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.
*

Orang fakir yang masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebeas leluasa dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya.
*

Jika orang fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya

Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang fakir miskin apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu kepada mereka, maka mereka berkata: “Kami ridho, ya Tuhan, kami puas, ya Tuhan.”

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: “Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak samapai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

*

Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka
*

Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku
*

Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan
*

Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya
*

Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia
*

Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek
*

Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
Abul Laits berkata: “Orang kaya itu tempatnya dibawah orang yang miskin baik disyurga atau dineraka, kecuali orang yang selalu sedekah kekiri kanan, depan belakang dan sedikit sekali yang sedemikian sebab syaitan laknatullah merintangi mereka untuk sedekah.”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Syaitan laknatullah berkata: “Orang kaya tidak dapat selamat dari tiga macam 

Saya perhias didalam pandangannya sehingga tidak dikeluarkan kewajipannya atau
*

Saya ringankan tangannya sehingga dikeluarkan tidak pada tempatnya atau
*

Saya cintakan dalam hatinya sehingga ia berusaha mendapatkannya walau tidak halal

Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): “Allahumma man ahabbani farzuqhul afafaa walkafaafa, waman abghadhani faaktsir malahu wawaladahu.” (Yang bermaksud): “Kefakiran itu sukar disunia senang diakhirat dan kekayaan itu kesenangan didunia dan kerosakan diakhirat.”
Abul Laits berkata: “Seharusnya seorang muslim suka kepada orang fakir meskipun ia kaya, sebab cinta kepada orang fakir itu bererti cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. supaya cinta kepada orang-orang fakir miskin sepertimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wasbir nafsaka ma alladzina yad uuna robbahum bil ghadaati wal asyiyi yuriduuna wajhahu.” (Yang bermaksud): “Dan sabarkan dirimu berkumpul dengan orang-orang yang selalu berdoa kepada Tuhan pagi dan petang semata-mata kerana mengharap keridhoaanNya.” (Surah Alkahfi ayat 28)
Dan perintah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ini berlaku kepada semua kaum muslimin sampai hari kiamat, kerana itu seharusnya tiap muslim harus suka dan baik kepada orang fakir miskin, serta berbudi kepada mereka kerana mereka orang-orang terkemuka disisi Allah s.w.t. dan dapat diharapkan syafaat mereka.

Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Pada hari kiamat kelak akan dihadapkan seorang hamba, lalu Allah s.w.t. berkata lunak kepadanya sebagaimana seorang yang minta maaf kepada kawannya, maka Allah s.w.t. berfirman: “Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku tidak menyingkirkan dunia daripadamu kerana hinamu dalam pandanganKu, tetapi kerana Aku telah menyediakan untukmu kemuliaan dan kurnia. Keluarlah hai hambaKu kebarisan-barisan itu dan lihatlah siapa yang dahulu pernah memberi makanan atau pakaiannya kepadamu dengan ikhlas keranaKu.” Maka peganglah tangannya dan ia hakmu, maka berjalanlah ia ditengah-tengah manusia yang sedang tenggelam dalam peluhnya, lalu melihat orang yang dahulu pernah berbuat baik kepadanya lalu dipegang tangannya dan dimasukkan kesyurga.”

Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Perbanyaklah kenalan orang-orang fakir miskin dan berbudilah kepada mereka kerana mereka kelak akan mendapat kekuasaan.” Sahabat bertanya: “Apakah kekuasaan mereka, ya Rasulullah?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Bila tiba hari kiamat maka dikatakan kepada mereka: “Perhatikan siapa yang dahulu pernah memberimu makanan atau minuman seteguk atau pakaian sehelai baju, maka peganglah tangannya dan tuntunlah kesyurga.”

Abul Laits berkata: “Ketahuilah bahawa bagi orang fakir miskin itu akan mendapat lima kemuliaan iaitu:

*

Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya
*

Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala
*

Mereka lebih dahulu masuk syurga
*

Hisab mereka diakhirat lebih ringan
*

Kemenyesalan mereka sangat kurang sebab orang-orang kaya ingin seperti orang fakirdiakhirat sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.

Dan semua keterangan ini ada keterangannya dari hadis-hadis.

Zaid bin Aslam berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Satu dirham untuk sedekah lebih afdal dari seratus ribu.” Ditanya: “Bagaimana yang demikian, ya Rasulullah?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w. “Seorang mengeluarkan dari kekayaannya yang sangat banyak seratus ribu dirham dan disedekahkan dan lain orang yang mengeluarkan satu dirham dari miliknya yang hanya dua dirham tiada ada yang lain dengan senang hati, maka orang yang mengeluarkan satu dirham lebih afdal dari yang seratus ribu dirham.”

Alhasan r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh seorang sahabat: “Jika kami menginginkan sesuatu dan tidak dapat mencapainya, apakah kami mendapat pahala?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w. “Dengan amalan yang manakah kamu akan mendapat pahala jika tidak mendapat dalam keadaan itu?”

Adhdhahhak berkata: “Siapa yang masuk pasar lalu melihat sesuatu yang diinginkannya lalu ia sabar dan mengharap pahala dari Allah s.w.t., maka yang demikian itu lebih baik baginya daripada sedekah seratus ribu dinar fisabilillah.”

Abul Laits berkata: “Dalil atas kelebihan orang fakir itu ialah ayat (Yang berbunyi): “Wa aqimus shalata wa atuzzakata wa athi urrasula la allakum turhamun.” (Yang bermaksud): “Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat dan taatlah kepada Rasulullah supaya kamu diberi rahmat.”

Didalam ayat ini Allah s.w.t. meletakkan hak orang fakir langsung sesudah hak Allah s.w.t.. Dan juga orang fakir miskin sebagai doktornya orang kaya, sebab jika ia sakit disuruh sedekah kepada fakir miskin, juga sebagai penyucinya sebab bila sedekah kepada fakir miskin maka ia dibersihkan dari dosa-dosanya, juga membersihkan hertanya, juga sifakir itu sebagai pesuruhnyanya, sebab bila ia akan bersedekah untuk ayah bondanya yang telah meninggal, ia pergi kepada fakir miskin dan memberikan sedekah kepada mereka, juga menjaga kekayaannya, sebab harta yang dikeluarkan zakat dan sedekahnya terpelihara dari bencana.”

Syaqiq Azzahid berkata: “Orang-orang miskin memilih tiga dan orang-orang kaya juga memilih tiga iaitu:

Orang-orang miskin memilih

*

kesenangan jiwa dan
*

kekosongan hati dan
*

ringannya hisab

Sedang orang-orang kaya memilih:

*

Sibuknya hati
*

Penatnya fikiran
*

Beratnya hisab

Hatim Azzahid berkata: “Siapa yang mengakui empat tanpa empat, maka is dusta dalam pengakuannya iaitu:

*

Siapa yang mengaku cinta kepada Allah s.w.t. tanpa meninggalkan yang haram
*

Siapa yang mengaku cinta kepada syurga tanpa mengeluarkan harta untuk taat kepada Allah s.w.t., maka ia dusta
*

Siapa yang mengaku cinta kepada Rasulullah tanpa mengikuti sunnaturrasul maka ia dusta
*

Siapa yang menginginkan darjat yang tinggi tanpa bersahabat kepada orang-orang fakir miskin, maka ia dusta

Seorang cendikiawan berkata: “Empat macam siapa yang ada didalamnya maka ia haram dari kebaikan iaitu:

*

Orang yang sombong kepada bawahnya
*

Orang yang derhaka terhadap kedua orang tuanya
*

Orang yang menghina orang-orang gharib (asing)
Share this article :

0 Komentar:

Post a Comment

Silahkan berkomentar disini walaupun hanya "Hay". Kami akan menghargai komentar anda. Anda berkomentar saya akan berkunjung balik

 
Support : Aris Decoration | Galaxy Young
Copyright © 2014. All in here - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger